Tuesday, January 15, 2008

WAHAI HAWA



Wahai Hawa,
Kenapa..
engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu?
Kenapa..
mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya?
kenapa..
masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ?
dan kenapa..
masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa,
Sedarlah..
Tangan yang mengoncang buaian..
boleh mengoncang dunia,
Sedarlah hawa..
kau boleh mengoncang dunia
dengan melahirkan manusia yang hebat!!
yakni yang Soleh dan Solehah,
kau boleh menggegar dunia
dengan menjadi isteri yang taat
serta memberi dorongan dan
sokongan pada suami yang sejati
dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa..
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki
dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu,
dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu
untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam
yang bukan suamimu..
kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan
dan kebencian ALLAH.
BAHANA! Ia bisa memberi kegembiraan
pada syaitan..
kerana wanita ialah jala syaitan,
alat yang di eksploitasikan oleh syaitan
dalam menyesatkan kaum Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja..
jadilah anak yang Solehah
buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami..
jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu,
andai engkau seorang ibu..
didiklah anakmu
sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji TUHAN kita,
wanita yang baik adalah untuk
lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu..
hanya semata-mata
kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan
susuk tubuhmu
hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya..
tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan
dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan
dan dari pertemuaan...
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya,
kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan ad-dinnya...
Lelaki yang Soleh tidak menginginkan
sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia
takut memberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta
sebabnya dia tahu apa matlamat
dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita
yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,
jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu...
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu
yang memberi hangatan kebahagiaan
buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang
akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah ALLAH..
dikala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi
cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu..
kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH.
Cintailah keluargamu..
kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir,
biarlah tangan yang menggoncang buaian ini
dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI.
Jangan sesekali..
tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Shalilah” (Hadith Riwayat Muslim).


Thursday, November 01, 2007

TERDAPAT KEBAIKAN DALAM SETIAP PERISTIWA


Allah memberitahu kita bahawa dalam setiap peristiwa yang Dia ciptakan terdapat kebaikan di dalamnya. Ini merupakan rahsia lain yang menjadikan mudah bagi orang-orang yang beriman untuk bertawakal kepada Allah. Allah menyatakan, bahkan dalam peristiwa-peristiwa yang tampaknya tidak menyenangkan terdapat kebaikan di dalamnya:

“Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Q.s. an-Nisa': 19).

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Q.s. al-Baqarah: 216).

Dengan memahami rahsia ini, orang-orang yang beriman menjumpai kebaikan dan keindahan dalam setiap peristiwa. Peristiwa peristiwa yang sulit tidak membuat mereka merasa gentar dan khuwatir. Mereka tetap tenang ketika menghadapi penderitaan yang ringan mahupun berat. Orang-orang Muslim yang ikhlas bahkan melihat kebaikan dan hikmah Ilahi ketika mereka kehilangan seluruh harta benda mereka. Mereka tetap bersyukur kepada Allah yang telah mengkurniakan kehidupan. Mereka yakin bahawa dengan kehilangan harta tersebut Allah sedang melindungi mereka dari perbuatan maksiat atau agar hatinya tidak terpaut dengan harta benda. Untuk itu, mereka bersyukur dengan sedalam-dalamnya kepada Allah Kerana kerugian di dunia tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan kerugian di akhirat. Kerugian di akhirat ertinya azab yang kekal abadi dan sangat pedih. Orang-orang yang tetap sibuk mengingat akhirat melihat setiap peristiwa sebagai kebaikan dan keindahan untuk menuju kehidupan akhirat. Orang-orang yang bersabar dengan penderitaan yang dialaminya akan menyadari bahawa dirinya sangat lemah di hadapan Allah, dan akan menyedari betapa mereka sangat memerlukan Dia. Mereka akan berpaling kepada Allah dengan lebih merendah diri dalam doa-doa mereka, dan dzikir mereka akan semakin mendekatkan diri mereka kepada-Nya. Tentu saja hal ini sangat bermanfaat bagi kehidupan akhirat seseorang. Dengan bertawakal sepenuhnya kepada Allah dan dengan menunjukkan kesabaran, mereka akan memperoleh ridha Allah dan akan memperoleh pahala berupa kebahagiaan abadi.

Manusia harus mencari kebaikan dan keindahan tidak saja dalam penderitaan, tetapi juga dalam peristiwa sehari-hari. Misalnya, masakan yang dimasak dengan susah payah ternyata hangus, dengan kehendak Allah, mungkin akan bermanfaat menjauhkan dari madharat kelak di kemudian hari. Seseorang mungkin tidak diterima dalam ujian masuk perguruan tinggi untuk menggapai harapannya pada masa depan. Bagaimanapun, hendaknya ia mengetahui bahawa terdapat kebaikan dalam kegagalannya ini. Demikian pula hendaknya ia dapat berfikir bahawa barangkali Allah menghendaki dirinya agar terhindar dari situasi yang sulit, sehingga ia tetap merasa senang dengan kejadian itu. Dengan berfikir bahawa Allah telah menempatkan berbagai rahmat dalam setiap peristiwa, baik yang terlihat mahupun yang tidak, orang-orang yang beriman melihat keindahan dalam bertawakal mengharapkan bimbingan Allah. Seseorang mungkin tidak selalu melihat kebaikan dan hikmah Ilahi di balik setiap peristiwa. Sekalipun demikian ia mengetahui dengan pasti bahawa terdapat kebaikan dalam setiap peristiwa. Ia memanjatkan doa kepada Allah agar ditunjukkan kepadanya kebaikan dan hikmah Ilahi di balik segala sesuatu yang terjadi.

Orang-orang yang menyadari bahawa segala sesuatu yang diciptakan Allah memiliki tujuan tidak pernah mengucapkan kata-kata, "Seandainya saya tidak melakukan…" atau "Seandainya saya tidak berkata …," dan sebagainya. Kesalahan, kekurangan, atau peristiwa-peristiwa yang kelihatannya tidak menguntungkan, pada hakikatnya di dalamnya terdapat rahmat dan masing-masing merupakan ujian. Allah memberikan pelajaran penting dan mengingatkan manusia tentang tujuan penciptaan pada setiap orang. Bagi orang-orang yang dapat melihat dengan hati nuraninya, tidak ada kesalahan atau penderitaan, yang ada adalah pelajaran, peringatan, dan hikmah dari Allah. Misalnya, seorang Muslim yang tokonya terbakar akan melakukan mawas diri, bahkan keimanannya menjadi lebih ikhlas dan lebih lurus, ia menganggap peristiwa itu sebagai peringatan dari Allah agar tidak terlalu sibuk dan terpikat dengan harta dunia.

Hasilnya, apa pun yang dihadapinya dalam kehidupannya, penderitaan itu pada akhirnya akan berakhir sama sekali. Seseorang yang mengenang penderitaannya akan merasa takjub bahawa penderitaan itu tidak lebih dari sekadar kenangan dalam fikiran, bagaikan orang yang mengingat kembali adegan dalam filem. Oleh Kerana itu, akan datang suatu saat ketika pengalaman yang sangat pedih akan tinggal menjadi kenangan, bagaikan bayangan adegan dalam filem. Hanya ada satu yang masih ada: bagaimanakah sikap seseorang ketika menghadapi kesulitan, dan apakah Allah ridha kepadanya atau tidak. Seseorang tidak akan dimintai tanggung jawab atas apa yang telah ia alami, tetapi yang dimintai tanggung jawab adalah sikapnya, fikirannya, dan keikhlasannya terhadap apa yang ia alami. Dengan demikian, berusaha untuk melihat kebaikan dan hikmah Ilahi terhadap apa yang diciptakan Allah dalam situasi yang dihadapi seseorang, dan bersikap positif akan mendatangkan kebahagiaan bagi orang-orang beriman, baik di dunia mahupun di akhirat. Tidak duka cita dan ketakutan yang menghinggapi orang-orang yang beriman yang memahami rahasia ini. Demikian pula, tidak ada manusia dan tidak ada peristiwa yang menjadikan rasa takut atau menderita di dunia ini dan di akhirat kelak. Allah menjelaskan rahasia ini dalam al-Qur'an sebagai berikut:

“Kami berfirman, 'Turunlah kamu dari surga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhuwatiran atas mereka, dan mereka tidak bersedih hati'.” (Q.s. al-Baqarah: 38).

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan mereka tidak bersedih hati. Iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” (Q.s. Yunus: 62-4).




Monday, October 22, 2007

Rintihan seorang hamba….

Wahai penghilang segala kerisauan..

wahai penghilang segala penderitaan.

.wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

hilangkan kerisauanku,lepaskan penderitaanku..

Daku mohon padaMu…

satu amalan yang di Kau cintai sesiapa yang melakukannya,

satu keyakinan yang di Kau dapat manfaatkan sesiapa yang meyakini dengan sebenar-benarnya dalam perlaksanaan perintah-Mu.

Wahai Tuhanku..

peganglah rohku dengan kebenaran..

padamkan keinginanku pada dunia.

Jadikan kegemaranku pada apa yangada pada Mu,

rindu pada pertemuan dengan MU,

kurniakan lah daku kebenaran bertawakkal pada Mu..

Sesungguhnya himpunan dosa-dosaku telah membawa ku untuk bergantung kemaafanMu yang berpanjangan,

jangan Kau sunyikan hambaMu ini dari penjagaanMu ….

peliharalah diri ku…

redhailah perjuangan ku..

teguhkan iman dan pendirianku…

Moga Kau menghimpunkan ku dalam perlindungan-Mu dengan sifat lembut dan rahmat-Mu..

wahai Tuhan yang Maha Penyayang…”

sedikit coretan rasa

Ingin ku luahkan apa yang terbuku di hati ini.. bukan aku tidak ingin menulis …tapi kadang-kadang terlalu sibuk dengan memikirkan perkara yang tak sepatutnya untuk ku fikir… apakah benar bakat itu boleh di asuh?? Jika benar ?? bagaimana??adakah melalui pembacaan atau perbincangan?? Fikiran ku buntu lagi."

Apapun, teringat kata-kata semangat seorang kakak senior….”Cubalah menulis,jangan biarkan diri anda tidak bermanfaat untuk orang lain.Kemenangan itu bermula dari dalam diri." .. ingin public speaking..itu bukan kelebihanku.. ya menulis.mungkin ini satu cara untuk ku berkongsi pengalaman dan pengetahuanku.benarlah kata-kata pujangga"Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun bisa terjadi.

Memetik sabda Rasulullah s.a.w..”Sampaikan kepadaku walau satu ayat.”.wasilah ini ku pilih untuk terus menukilkan pengalaman dan pangetahuanku..Insya Allah.semoga dengan kehadiran blog ini diharap input yang dinukilkan di sini dapat menberi manfaat kepada diri ini dan insan2 lain…Insya Allah .Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak."

Teringat perbualan dengan seorang sahabat dahulu…. “Hidup ini indah jika diri ini memberi manfaat kepada orang lain.” Terasa diri ini begitu berharga dan dihargai bila mana usaha yang di lakukan membuahkan hasil.Bukanlah bermaksud ingin pujian atau ganjaran pada apa yang telah di buat dan di taburkan pad masyarakat… tapi biarlah kita yang memasyarakatkan diri kita. Mudah mudahan kita menjadi salah seorang yang membina masyarakat. Bak kata pepatah , …"Barangsiapa yang tidak pernah merasai sesuatu, nescaya tidaklah ia mengetahui."kalau ingin menyelami derita sang petani..maka jadilah petani…

Alhamdulillah ana berpeluang menyertai opkim kali ni… banyak rasanya manfaat yang ana dapat td… cukup terkesan bila mana orang seusia dengan ana terpaksa belajar setakat darjah 6 semata-mata kerana kemiskinan. Betapa ana bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah berikan. Kalau dikira ana berasal dari keluarga yang susah n adik-adik yang ramai masih bersekolah.. Terima kasih ayah .Terima kasih ma… bersusah payah n begitu banyak berkorban untuk memastikan kami,anak-anakmu medapat pendidikan dan ilmu yang sewajarnya.

Satu perkara yang begitu menyentuh hati kecil ini bila bersembang dengan seorang makcik dalam lingkungan 60-an.Kalau sebelum ini biasa ana mengikuti kisah ibu terbiar sekadar di dada akhbar atau di kaca tv sahaja.Hari ini ana berhadapan dengan seorang ibu kepada 8 orang anak..tapi kebajikannya terabai,makan minumnya tidak dipedulikan oleh anak-anak…Ya Allah,Begitu teruk nya umat di akhir zaman ini…sanggup membuang orang yang melahirkan dan membesarkan…tidakkah ada sekelumit kasih sayang dan belas kasihan dalam diri mereka pada orang yang begitu berjasa kepada mereka ….tanpa ibu,mana mungkin mereka wujud dalam dunia ini…kita bukanlah seorang “”adam yang wujud tanpa “IBU” dan bukanlah seorang “ISA” yang wujud didunia ini tanpa AYAH.Benarlah pepatah ada menyatakan seorang ibu boleh memelihara sepuluh orang anak tapi belum pasti seorang anak boleh memelihara seorang ibu…Ya Allah ,Kau limpahilah hatiku dengan kasing sayangMu dalam ku mengasihi ibu dan ayahku…

9/9/07

Assalamualaikum pembuka bicara,

Tergerak hati ini untuk mencoret sedikit luahan perasaan(cewaah cam nak luar perasaan pulak,tp memang pun…=).em,ponteng kelas?sejauh mana kita berhadapan dengan istilah ini.Adakah ia menjadi salah satu daripada istilah dalam kamus hidup kita? Banyak sangat ke kerja kita sampai terpaksa ponteng kelas? Ana rasa kelas itu wajib bagi kita as a student.Dalam situasi inilah perlunya kita mempraktikkan fiqh aulawiyyat yang dipelajari samada melalui buku @ majlis2 ilmu yang dihadiri.

As a student also kita bukan lah semata-mata mahukan ilmu tapi together with keberkatan .Adakah keberkatan ilmu itu bersama kita bila mana ponteng kelas menjadi habit ?? sejauh manakah keberkatan ilmu itu jika adab2 kita with mu’alim tidak kita titikberatkan??Ana percaya sahabat-sahabat sedia maklum semua ini. Ana sekadar mengingatkan mana-mana yang terlupa.memang fitrah kita sebagai manusia perlu kepada peringatan dan peringatan .

Wednesday, December 13, 2006


سنخوض معارك
سنخوض معاركنا معهم
وسنمضى جموعا نردعهم
و نعيد الحق المغتصب
وبكل القوة ندفعهم

بسلاح الحق البتا ر
سنحرر ارض الاحرار
ونعيد الطهر الى القد س
من بعدالذل وذا العار

و سنمضى ند ك معاقلهم
بدوي دام يقلقهم
وسنمحوا العاربايدينا
وبكل القوة نردعهم

لن نرض بجزء محتل
لن نترك شبرا للذ ل
ستمور الارض و تحرقهم
فى الارض براكين تغلى